Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ini Tips Cuci Emas Lama, Nampak Berkilau Seperti Baru Beli

 Dah nak raya ni biasanya kaum wanita akan melaram dengan barang kemas sebagai perhiasan. Jika ada bajet lebih, beli barang kemas baru.Kalau takde bajet pakai je yang sedia ada.Namun barang kemas lama, terutama yang dipakai setiap hari akan kelihatan tak berkilat dan tak berseri.




Bila dah nampak kusam, ramai yang suka cuci di kedai untuk kembalikan serinya.Sebenarnya ada petua jimat dan cara mudah untuk cuci barang kemas ni agar nampak berkilat macam baru dibeli.

Jemput baca perkongsian daripada Puan Lyza Norliza ini sebagai panduan;

“Malam ni nak kongsi sikit macam mana nak cuci barang kemas. Tak payah susah-susah nak pergi ke kedai emas nak cuci barang kemas. Petua ini sudah lama saya guna dan tak pernah sekali pun pergi cuci barang kemas di kedai. Jimat duit + tak risau mereka kikis emas kita semasa ‘proses mencuci emas’.”

Bahan-Bahan Diperlukan:

Cecair Pencuci Sunlight/ Air Asam Jawa
Berus Gigi
Air Suam

Cara Membuat:

1. Rendam dulu barang kemas dengan air suam, tuang sunlight ke dalam bekas air suam tadi dan biarkan selama 1/2 jam.


2. Selepas itu boleh gosok kotoran yang melekat pada barang kemas tersebut.

3. Berus dengan menggunakan berus gigi yang elok. Jangan guna berus gigi lama yang sudah kembang, sebab berus gigi begitu susah nak tanggalkan kotoran yang melekat.

4. Langkah terakhir, selepas diberus, bilas barang kemas dengan air paip dan rendam semula dalam bekas dengan air paip juga dalam tempoh 10 minit.

5. Selepas 10 minit, boleh lap barang kemas anda dengan kain kering dan hasilnya memang nampak seperti baru beli.


Selamat Mencuba!

MW: Semoga bermanfaat! Memang menarik perkongsian, cara mudah dan jimat untuk mak-mak cuci barang kemas. Meskipun barang kemas lama, tetap nampak baru bila dicuci ikut tip ini.

Sumber: mingguanwanita.my

Posting Komentar untuk "Ini Tips Cuci Emas Lama, Nampak Berkilau Seperti Baru Beli"